AKTIVITI


12 Nov 2013 - pukul 5.30 pagi lagi aku dah bangun hanya untuk menyahut seruan Kerajaan untuk melahirkan generasi sihat... huhu, konon aku ni warganya yang perihatin dan menjaga kesihatan la kan... Fun Ride Cintai Sungai Melaka ni dianjurkan oleh Kolej Komuniti Bukit Beruang KKBB, dan aku pulak dijemput untuk mengacarakan majlis tuh. Seawal pukul 7.00 pagi, aku dah terpacak kat Sg Melaka River Cruise dengan berpakaian ala-ala sukan... nak kata buang tebiat pun ada.  Jadilah aku MC sampai pukul 11 lebih kurang dengan sambutan naik beskal 406 pengayuh, ada operasi menjernihkan sg melaka, pertandingan mewarna lagi... so itulah aktiviti pepagi ahad tu... thanks to KKBB sudi jemput aku yang hensem ini... ):


28 Dis 2013 ( Sabtu ) - aku bersama geng alpha gym n fitness, bergerak bersama-sama ke Dataran Peringgit Melaka untuk memberi sokongan kepada trainer gym alpha, sedara irfan dalam pertandingan Mr Beautiful Melaka, dalam gambar di sebelah ini, sedara irfan adalah yang kedua dari kiri.

Program bermula jam 9.30 pm setelah ketibaan YB Senator Datuk Seri Utama Hj Mohd Ali b Mohd Rustam.  Aku yang dari tadi dah kelenguhan segala sendi badan, tidak sabar-sabar untuk menyaksikan agenda baru dalam hidup aku ini.  2 kategori dipertandingkan iaitu bawah 70 kg dan atas.  Masing-masing memberi persembahan yang terbaik dan aku amat pasti, sedara irfan mampu mengalahkan pesaing yang lain namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Adakah aku masih mentah dalam bidang ini ataupun ....

 06 - 08 Jun 2014 - aku bersama-sama seorang pegawai wanita dan lapan org penariku telah menjoinkan diri dalam pertandingan Akar Kita Zapin 2014 di bawah anjuran tatih seni malaysia, senang kata bawah kelolaan kak noraniza idris bertempat di AEONmall Kulaijaya, Johor.  Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan kumpulan aku (serumpun anak seni) telah berjaya mendapat tempat ke-2, moga2 dapat pergi semi final yang katanya akan diadakan di cyberjaya... 





No comments:

Post a Comment