KESIHATAN DIRI

Di satu hari yang indah, aku telah memberanikan diri ke klinik merlimau untuk buat pemeriksaan kesihatan dan nyata serta jelas, Dr maklumkan yang kolestrol aku berada pada tahap yang membimbangkan... aduhhhhh, ting tong seketika kepala aku pabila Dr maklumkan sedemikian.  Sejurus itu, aku telah terfikir satu kalimah yang agak mulia di benak kepalaku... "aku kena buat sesuatu, tak sanggup aku berpenyakit di usia muda".....

Dan langkah pertama yang aku ambil ialah bertandang ke Alpha Gym n Fitness, terus bersua dengan trainer yang agak lama aku kenalinya di merlimau ini... sedara irfan. Dan aku telah mengambil langkah pertama yang agak bijak iaitu mendaftar diri sebagai ahli gym alpha....

Bermula dengan berat badanku 116 kg... serta bacaan kolestrol yang membimbangkan... aku ikut segala yang diajar dan hari ini Dis 2013, beratku kini berkurangan sehingga 26++ kg... dan kini masalah kolestrolku semakin ok... yessszzzaaaa....

Ramai rakan-rakan yang bertanyakan padaku, "beb, camana ko buat ni"?... ataupun ungkapan "... ehhhh, ingatkan siapa tadi, nak tegur takut salah orang"... hihi, nampaknya usaha aku selama hampir 3 bulan mula menampakkan hasil.

Agak penat mulutku untuk menjawab segala persoalan rakan2, maka di coretan ini, aku kongsikan tip-tip yang aku guna pakai.

Untuk mendapatkan berat ideal, bentuk badan yang cun, kesihatan yang seimbang, ada 3 turutan yang perlu diikuti iaitu:
1. senaman yang konsisten - hati mesti kering beb...
2. diet yang betul dan konsisten ... takde istilah 
   "sekali-sekala xde hal la... malam ni jer"...
3. sedikit makanan tambahan yang mana aku   
   kongsikan di bawah.

SENAMAN

Kaedah senaman yang aku amalkan memang mengikut turutan yang telah diajar oleh trainer dan melalui pembacaan aku di blog2 kesihatan. Setiap hari mesti mula dengan:

Kardiologi : larian 5 minit (speed 10) dan basikal 3 minit...
             push-up (flat,incline dan decline-reps 30,3 set)

Isnin : chest (flat,incline, decline, fly, machine)
Selasa : shoulder 
Rabu : chest semula (yang mana tak sempat buat pada isnin)
Khamis : Back - sakit woooo...
Jumaat : Leg - lagi sakit wooo....
Sabtu : Super set... buat apa yang kita suka...
Ahad : rest, berholiday bersama keluarga... kalau rasa   
       ok push-up

Julat masa : 1.5 - 2 jam jer...tak perlu lama sangat...

Gambar : boleh rujuk di bahagian galeri... 


DIET YANG BETUL

Faktor penting dalam mencapai misi ialah menjaga diet 
dan semestinya dilakukan dengan kaedah yang betul.

sarapan :  bubur nasi (kacang/ikan bilis) atau
           oat + milo panas + kismis  atau
           bakso tanpa bebola daging...

tengahari : nasi sekepal... dengan
            ayam/ikan bakar
            sayur air
            ikan tongkol singgang
            atau apa sahaja yang tidak berminyak 
            dan berlemak...

malam : TIADA karbo... sayur air, ayam bakar tak 
        abis tengahari tadi, atau apa sahaja yang 
        tiada lemak atau minyak

*tip tambahan : makan TANPA berulam air... sebaiknya 
                sejam... banyakkan buah.


MAKANAN TAMBAHAN
           
API FAT BURNER


Ianya adalah permulaan aku untuk menjaga kesihatan aku. Langkah pertama aku pergi ke gym, kali ini disertai dengan makanan tambahan iaitu API fat burner. Hari ini, bekalan telah habis, dan setelah sebulan aku berkecimpung dengan dunia gym, berat badanku turun sebanyak ___  kg... suatu perubahan yang baik. Target aku hanya untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal bagi seorang lelaki. Dikatakan API ini bertindak dalam dua (2) cara iaitu membakar lemak dan dalam masa yang sama membentuk otot badan.

RIPPED FAST BURNER


Pada bulan ke-2 ini, aku akan teruskan perjuangan gym aku dengan bekalan yang baru iaitu Ripped Fast Fat Burner. Ini adalah cadangan daripada salah seorang rakan aku yang memang telah lama berkecimpung dalam dunia gym. Tindakannya ialah membakar lemak, memberi tenaga, meningkatkan testosteron lelaki dan membentuk otot dengan lebih cepat. Kepada kawan-kawan diluar sana, sayangilah badan kita, dan nasihat dari diri ini yang masih baru dalam dunia gym, dapatkan nasihat daripada orang yang pakar. tiada jalan mudah untuk berjaya, semuanya memerlukan sebeban usaha untuk berjaya.


KUIZ KESIHATAN DIRI...

Di sini, disediakan untuk semua pengunjung sedikit kuiz tentang asas kesihatan dan diet yang betul.  Sila jawab kuiz yang diberikan pada setiap pagi jam 8.30 - 9.00 am.  Terima kasih.

Maklumat portal :  www.socrative.com

Nama bilik : 654e14e3

*sila pastikan anda mengisi nama sebagai pengesahan.

Untuk mula menjawab, sila KLIK DISINI...


VIDEO TIPS PENJAGAAN KESIHATAN

Jum sama-sama kita saksikan beberapa video yang mungkin boleh dijadikan panduan buat kita semua untuk terus berjuang menjaga kesihatan badan.




DEMAM DENGGI 



Sambil-sambil minum pagi bersama rakan-rakan tadi, tajuk perbincangan yang tetiba muncul ialah tentang demam denggi berdarah. Perkongsian seorang rakan yang pernah mengalami demam denggi berdarah sebanyak 2 kali memberi sedikit sebanyak info yang mungkin boleh dikongsi.  Antara tanda-tanda yang diceritakan ialah mengalami demam yang menyebabkan semua fungsi badan lemah dan tidak bermaya di samping mendapat simptom-simptom bintik merah di badan.  Apa yang pernah dicuba oleh beliau untuk menghadapi demam denggi berdarah ini ialah makan sup ketam batu, agak pelik bagi diriku yang memang tak gemar makan ketam.  Walau apapun, ini tip baik untuk sesiapa yang mengalami demam denggi ini.  Pengalaman kakak ipar yang telah kembali ke rahmatullah akibat denggi membuatkan aku fokus terhadap topik yang dikongsikan bersama rakan-rakan.  Yang pasti, kepada diri ini dan rakan-rakan, kalau ada tanda-tanda demam, jangan tunggu lama-lama, terus ke hospital atau klinik berdekatan. ... ):







No comments:

Post a Comment